Selasa, 24 November 2009

RISIKO TAKAT ASID FOLIK YANG RENDAH

Rujukan:Majalah Mami & Baby Mac1998

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Otago New Zealand telah mendapati bahawa wanita Malaysia yang hamil berisiko untuk melahirkan bayi cacat berikutan pengambilan asid folik yang rendah dalam diet mereka.

Asid folik memainkan peranan penting merendahkan risiko kecacatan tiub neural(NTD) dan klef lelangit.

Keputusan kajian ke atas 399 wanita Malaysia menunjukkan bahawa 85% wanita Malaysia pada peringkat umur yang boleh melahirkan anak mmepunyai tahap asid folik yang tidak mencukupi. Ini menyebabkan bakal bayi mereka berisiko kecacatan neural.

Professor Khor Geok Lin daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik UPM, mengatakan kajian ini telah mendapati tahap asid folik dalam sel darah merah wanita Malaysia mungkin berkaitan dengan cara penyediaan makanan.

"Sayuran hijau dan kekacang merupakan sumber asid folik yang baik. Tetapi cara memasak yang lama akan menyebakkan kehilangan asid folik dalam makanan.

Kajian ini juga yang telah diterbitkan dalam Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 mendapati wanita2 Malaysia perlu meningkatkan pengambilan asid folik,samada daripada SUPLEMEN sebelum mengandung atau daripada makanan yang diperkayakan dengan asid folik.

Ini adalah untuk mendidik para bakal2 ibu serta meningkatkan kesedaran mereka terhadap cara pemakanan yang baik pasti memberikan permulaan hidup yang terbaik untuk bayi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan